Selepas demam Dhia dah baik, dalam 2-3 hari, Ayah ajak jalan-jalan dan bawa Ya mandi kolam sebab yang lepas tu tak jadi pergi. Disebabkan Ibu dah jemu kat Melaka, Ibu ajak Ayah pergi Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hotel booking Ibu buat pagi sebelum bertolak. Lepas confirm je dapat bilik, terus siap-siap pergi ke sana. Bertolak dalam kul 10.00 pagi..
|
Dalam perjalanan... |
Sampai je Tanjung Balau, cari tempat makan dulu. Jumpa satu tempat makan di kawasan berdekatan dengan Pelangi Balau Resort. Ayah cam biasa order nasi goreng kampung dan Ibu nasi goreng cina share dengan Ya. Komen Ayah " boleh pergi lagi tempat nie..makanannya berasa".
Lepas makan, terus bergerak ke Pantai Tanjung Balau. Disebabkan waktu tu dah tghari dan cuaca panas, cuma duduk dalam kereta seketika. Lepas tu ternampak Muzium Samudera Tanjung Balau. Usha-usha tempat tu..dan tike masuk cuma RM 3 seorang, Dhia free..ambik kesempatan masuk Muzium sebab dah tak tahu nak pergi mana lagi.
Kawasan muzium cantik, bersih, dan masa tu takde orang..cuma kami bertiga jer. Barang-barang pameran pun cantik, teratur dan memuaskan. Kira tak rugilah kami masuk..santai-santai je kat dalam sambil2 melihat barang-barang yang digunakan oleh nelayan dilaut..Macam-macam ada..
|
Di depan muzium |
|
Di dalam muzium |
|
our famili |
|
pokok bakau pun ada.. |
|
rumah nelayan... |
|
bot yang digunakan oleh nelayan |
Selepas penat jalan-jalan kat Muzium, kami check in hotel..rehat sekejap..dalam sejam..lepas tu terus ke misi seterusnya...mandi kolam.
|
Pose dari Dhia before masuk kolam...excited betul!!.. |
|
Ayah dan Dhia |
|
Kasih seorang Ayah |
|
Main puas-puas ye Dhia.. |
Setelah penat mandi..balik bilik dan jalan-jalan cari makan kat area bandar Penawar
The next day, lepas breakfast, jalan-jalan kat jeti berdekatan hotel..
|
Dhia moody pagi tu sebab dah tak sabar nak masuk kolam.. |
Setelah puas jalan jalan kat jeti, misi seterusnya mandi kolam puas-puas sebelum balik...dalam perjalanan balik..sempat lagi singgah JPO sekejap..lunch kat JPO.
|
Monyok je muka Dhia..sebab baru lepas bangun tidur.. |
No comments:
Post a Comment