Pages

Wednesday, September 18, 2013

Jumpa Atok & Opah @Melaka

Kunjungan ke 2 ke Melaka dalam bulan Sep. yang kebetulan ada cuti panjang sempena Hari Malaysia. Kunjungan kali ini, sebab Mak dan Abah ada turun Melaka sebab Uda kebetulan ada perjumpaan dengan lecturernya.Alang-alang dah ke KL..teruslah ke Melaka untuk jumpa Dhia.

Hari pertama, takde sebarang aktiviti..sibuk dengan peersiapan BBQ untuk pagi besok..Lepas breakfast, Ayah dengan Ibu g Maiden, beli barang-barang untuk BBQ. Petang tu ibu cuba buat pizza,..okaylah..not bad boleh dimakan. Cuma tepungnya agak keras..kat mana yang silap pun tak tahu. petang tu juga, baru Ibu perasan, Dhia demam. Ayah keluar belikan Dhia cool fever. Ibu lap-lap badan Dhia dengan air paip supaya panas turun. Nasib baik lepas makan ubat, tak lama lepas tu..badan Dhia berpeluh..Tapi masa tengah malam, panas badan naik lagi..Ibu kasi Ya ubat lagi..

Hari kedua pagi,..panas badan Ya dah kurang..Dhia pun nampak dah ceria dan nak main. Ibu masak bihun goreng untuk BBQ pagi tu..kul 9.00 kami semua bertolak ke pantai Pengkalan Balak, Melaka. perjalanan dalam 25 minit. Cuaca agak mendung..
Ayah dan Atok sedang mendirikan khemah

Tengah isi pasir...

Mengangkat barang dari kereta..

Dah siap khemah...

Api sedang dinyalakan

Buat apa tu Dhia..

Antara yang dibakar...

Apa yang Ayah bakar tu???..

Giliran Ibu dan Opah pulak..

masa untuk makan...

Macam-macam ada...

lepak tepi pantai jap...


Hari berikutnya, setelah Opah dan Atok bertolak, kami jalan-jalan di bandar hilir sebelum balik. Singgah di Menara Taming Sari.
Sambil tunggu giliran...
1 pose before masuk...

Dhia dan ayah

Dhia bersama Ibu


Jalan-jalan ke Dataran Pahlawan


Singgah di Muar sekejap..

Masjid Muar..

No comments:

Post a Comment