Pages

Friday, February 14, 2014

Tasik Y BP

Tasik Y tempat rekreasi yang paling glamor kat Batu Pahat. Macam-macam aktiviti boleh di buat di sini. Tempat yang selalu kami pergi untuk merehatkan minda sambil menghiburkan hati anak kecil ini..

First time nak bergambar dengan dinosour

main basikal..




Tuesday, February 11, 2014

Jalan-jalan NUSAJAYA

Mak Nyah tiba-tiba plan nak datang BP. Ayah ajak jalan-jalan kat area NUSAJAYA..First tempat yang dituju ialah LEGOLAND. Saja jalan-jalan kat luarnya sahaja..Kalau nak masuk..kena tunggu adik-beradik yang lain dulu..masuk ramai-ramai baru best
Dalam perjalanan..Apa agaknya yang dibualkan Dhia dengan Mak Nyah dan Pak Nyah

Akhirnya..kami ke LEGOLAND dulu..



Dhia dan Pak Nyah

Kat depan Water Park

Next..Puteri harbour..
Takde apa yang menarik sangat.Tak masuk ke Hello Kitty and Little Big Club.Cuma santai-santai kat luar. Banyak construction sedang giat dijalankan..Mungkin 5 tahun lagi baru siap semuanya..
Lepak-lepak sambil layan Dhia main buih


Next..kami ke The Zone Stulang Laut..Takde yang menarik yang sini.Ingat nak cari tempat makan yang best. Last-last makan kat Marry Brown jer..Lepas makan layan Dhia membuat aktiviti mewarna
First time buat kami mewarna benda ni..

Akhirnya siap..Dhia suka sangat

Sebelum balik Dhia beli jam...

Alang-alang dah sampai Stulang,..misi mencari makanan best diteruskan. Kami singgah makan di Mee Rebus Stulang.Tapi agak mengecewakan..Tak kena dengan tekak kami..
inilah dia..Mee Rebus Stulang
Lepas pekena Mee Rebus..kami bergerak solat di Masjid Abu Bakar. Ambik kesempatan mandikan Dhia memandangkan badannya dah berpeluh-peluh kepanasan..Ingat nak ke Angsana..Tapi cuaca hujan dan ayah silap jalan..terus masuk highway..Ingatkan nak ke JPO ..tapi disebabkan hujan lebat..terus balik ke BP.

Tuesday, February 4, 2014

Happy CNY

Dah lama rasanya tak balik kampung waktu cuti CNY. Sebelum ada Dhia, boleh dikatakan setiap tahun wajib balik.Tapi sejak dah ada Dhia, selalunya ambik cuti panjang sebelum CNY. Sebabnya, masa cuti CNY, jalan jem kat hway dan nak g mana-mana ramai orang. Mungkin pengalaman pergi Cameron masa CNY, buat Ibu jadi serik nak jalan-jalan time CNY.Kebetulan baru je balik Perak hari tu, dan untuk CNY kali ni, kami tak ke mana-mana.Cuma cam biasa hujung minggu ke Peserai. Masa on the way balik dari Peserai, Dhia nak ke BP Mall, kebetulan Ayah suruh Dhia pakai ceongsam..sempena CNY. Layan je lah aksi anak kecik ku ini yang nak bergambar atas pentas.