Pages

Thursday, September 11, 2014

11th Anniversary@ Secret Recipe Parit Raja

7 Sep 2014, Alhamdulillah..11 tahun kami bersama... pelbagai suka duka telah banyak kami laluinya bersama. Terima kasih kepadaNYA yang masih memberi kesempatan untuk kami terus bersama.
Semoga kami akan terus bersama sehingga ke Jannah.Amin...
Sambil tunggu makanan..Dhia gurau dengan Ayah.

Gigil satu badan bila nampak kek coklat

menu kami yang simple

Friday, February 14, 2014

Tasik Y BP

Tasik Y tempat rekreasi yang paling glamor kat Batu Pahat. Macam-macam aktiviti boleh di buat di sini. Tempat yang selalu kami pergi untuk merehatkan minda sambil menghiburkan hati anak kecil ini..

First time nak bergambar dengan dinosour

main basikal..




Tuesday, February 11, 2014

Jalan-jalan NUSAJAYA

Mak Nyah tiba-tiba plan nak datang BP. Ayah ajak jalan-jalan kat area NUSAJAYA..First tempat yang dituju ialah LEGOLAND. Saja jalan-jalan kat luarnya sahaja..Kalau nak masuk..kena tunggu adik-beradik yang lain dulu..masuk ramai-ramai baru best
Dalam perjalanan..Apa agaknya yang dibualkan Dhia dengan Mak Nyah dan Pak Nyah

Akhirnya..kami ke LEGOLAND dulu..



Dhia dan Pak Nyah

Kat depan Water Park

Next..Puteri harbour..
Takde apa yang menarik sangat.Tak masuk ke Hello Kitty and Little Big Club.Cuma santai-santai kat luar. Banyak construction sedang giat dijalankan..Mungkin 5 tahun lagi baru siap semuanya..
Lepak-lepak sambil layan Dhia main buih


Next..kami ke The Zone Stulang Laut..Takde yang menarik yang sini.Ingat nak cari tempat makan yang best. Last-last makan kat Marry Brown jer..Lepas makan layan Dhia membuat aktiviti mewarna
First time buat kami mewarna benda ni..

Akhirnya siap..Dhia suka sangat

Sebelum balik Dhia beli jam...

Alang-alang dah sampai Stulang,..misi mencari makanan best diteruskan. Kami singgah makan di Mee Rebus Stulang.Tapi agak mengecewakan..Tak kena dengan tekak kami..
inilah dia..Mee Rebus Stulang
Lepas pekena Mee Rebus..kami bergerak solat di Masjid Abu Bakar. Ambik kesempatan mandikan Dhia memandangkan badannya dah berpeluh-peluh kepanasan..Ingat nak ke Angsana..Tapi cuaca hujan dan ayah silap jalan..terus masuk highway..Ingatkan nak ke JPO ..tapi disebabkan hujan lebat..terus balik ke BP.

Tuesday, February 4, 2014

Happy CNY

Dah lama rasanya tak balik kampung waktu cuti CNY. Sebelum ada Dhia, boleh dikatakan setiap tahun wajib balik.Tapi sejak dah ada Dhia, selalunya ambik cuti panjang sebelum CNY. Sebabnya, masa cuti CNY, jalan jem kat hway dan nak g mana-mana ramai orang. Mungkin pengalaman pergi Cameron masa CNY, buat Ibu jadi serik nak jalan-jalan time CNY.Kebetulan baru je balik Perak hari tu, dan untuk CNY kali ni, kami tak ke mana-mana.Cuma cam biasa hujung minggu ke Peserai. Masa on the way balik dari Peserai, Dhia nak ke BP Mall, kebetulan Ayah suruh Dhia pakai ceongsam..sempena CNY. Layan je lah aksi anak kecik ku ini yang nak bergambar atas pentas.






Thursday, January 30, 2014

Jogging kat UTP dan famili dinner

Sejak dapat tahu kolestrolnya tinggi, Ayah bukan main bersemangat nak jogging. Ibu pun ambik kesempatan untuk keluarkan peluh ikut Ayah. Kalau cuti dan ada kesempatan, selalu jogging kat UTHM, sekurang-kurangnya seminggu sekali. Masa kat kg, bila tak jogging, badan rasa lain macam. Cari jugak kat mana tempat yang sesuai nak jogging. Satu petang tu, try jogging kat UTP. Wow..memang best jogging kat UTP. Jogging tepi tasik, kawasan luas walaupun ramai orang. Bawa Mak Uda untuk temankan Dhia main sementara kitorang jogging.

Mak Uda tengah melayan Dhia main


Ayah yang sangat bersemangat...




Cukuplah satu roung pusing..nak lepak dengan Ya




Sebelum balik ke Johor, malam last kat Perak, kami adik-beradik plan untuk share dinner kat ikan bakar. Cadangan daripada Mak Nyah dan akhirnya yang membayar adalah Pakcu. Bila lagikan Pakcunya nak belanja kami dengan duit gajinya. Agak jauh tempat makannya kat Lumut, bertolak selepas Asar dalam kul 6 petang.

Sambil -sambil tunggu order

Sedapnya ABC Opah punya..

Makanan dah sampai...


Sedang menjamu selera

Setelah kekenyangan

Tuesday, January 28, 2014

Dhia 3rd Besday@Perak

Ibu memang dah lama plan nak calebrate besday Dhia kat kg masa cuti panjang. Disebabkan baru balik dari lost world, jadi preparation agak kelam kabut. Memang dah niat untuk besday Dhia yang ke tiga ni, nak buat doa selamat dan buatkan kek besday dhia. Tak dapat nak snap pic banyak-banyak sebab kameranya ayah yang pegang. Hanya sempat ambil gambar masa dhia nak potong kek.

sedang nyanyi lagu happy besday


Nak tiup lilin..ibu tolong dhia tiupkan..

Dhia potong kek...


Wednesday, January 15, 2014

2014 family trip to Lost World of Tambun

Ibu dan mak Nyah planning balik kampung seminggu sempena cuti maulidurrasul dan Thaipusam. bertolak dari Parit raja selepas Ibu balik kerja dan bermalam di Alor Gajah. Next day, selepas subuh, bertolak ke kampung Ibu. Singgah sekejap di Batu Gajah, belikan tiket tren untuk Pak Nyah. Pak Nyah tak dapat cuti lama. Hari Rabu dah nak balik ke Alor Gajah.

Dalam perjalanan..berdekatan gopeng

Di Stesen keretapi Batu gajah






The next day, misi kami ke Lost World of Tambun....
Tiket masuk RM 48 Dewasa/ RM 41 kanak-kanak ( 90cm keatas)
Warga emas ada diskaun begitu juga dengan pemegang kad mesra petronas.

Dah sampai...kat parking 

Dhia dan Ayah

Famili Ibu

Famili Ibu 

merry go round

Pakcu, Uda dan Mak Nyah

Berani ke tu?

Dhia

Our Famili

Pakcu dan Uda

Rumah Hantu
Roller coaster yang kami naik

betul ke Dhia naik roller coaster nie???


Naik keretapi pusing theme park

sambil-sambil tunggu train

Opah, baby Alif, pak lang dan Mak Lang


Kami


Mendulang bijih



Indahnya ciptaan Allah SWT

berehat -lunch
Tiger Valley


Naik swan


Acu dan Uda


Petting Zoo


Pelbagai jenis Ayam...

Banyak burung kat tangan Ayah..


On the way nak pergi tempat mandi

Akhirnya...Dhia dan Alif dapat main air

Senyum besar baby Alif




setelah kesejukan dan kepenatan

Before balik..Dhia meragam