Pages

Friday, October 25, 2013

Dhia@Tanjung Balau

Selepas demam Dhia dah baik, dalam 2-3 hari, Ayah ajak jalan-jalan dan bawa Ya mandi kolam sebab yang lepas tu tak jadi pergi. Disebabkan Ibu dah jemu kat Melaka, Ibu ajak Ayah pergi Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hotel booking Ibu buat pagi sebelum bertolak. Lepas confirm je dapat bilik, terus siap-siap pergi ke sana. Bertolak dalam kul 10.00 pagi..

Dalam perjalanan...

Sampai je Tanjung Balau, cari tempat makan dulu. Jumpa satu tempat makan di kawasan berdekatan dengan Pelangi Balau Resort. Ayah cam biasa order nasi goreng kampung dan Ibu nasi goreng cina share dengan Ya. Komen Ayah " boleh pergi lagi tempat nie..makanannya berasa".
Lepas makan, terus bergerak ke Pantai Tanjung Balau. Disebabkan waktu tu dah tghari dan cuaca panas, cuma duduk dalam kereta seketika. Lepas tu ternampak Muzium Samudera Tanjung Balau. Usha-usha tempat tu..dan tike masuk cuma RM 3 seorang, Dhia free..ambik kesempatan masuk Muzium sebab dah tak tahu nak pergi mana lagi.
Kawasan muzium cantik, bersih, dan masa tu takde orang..cuma kami bertiga jer. Barang-barang pameran pun cantik, teratur dan memuaskan. Kira tak rugilah kami masuk..santai-santai je kat dalam sambil2 melihat barang-barang yang digunakan oleh nelayan dilaut..Macam-macam ada..

Di depan muzium

Di dalam muzium

our famili

pokok bakau pun ada..

rumah nelayan...

bot yang digunakan oleh nelayan
Selepas penat jalan-jalan kat Muzium, kami check in hotel..rehat sekejap..dalam sejam..lepas tu terus ke misi seterusnya...mandi kolam.
Pose dari Dhia before masuk kolam...excited betul!!..

Ayah dan Dhia

Kasih seorang Ayah

Main puas-puas ye Dhia..

Setelah penat mandi..balik bilik dan jalan-jalan cari makan kat area bandar Penawar

The next day, lepas breakfast, jalan-jalan kat jeti berdekatan hotel..

Dhia moody pagi tu sebab dah tak sabar nak masuk kolam..



Setelah puas jalan jalan kat jeti, misi seterusnya mandi kolam puas-puas sebelum balik...dalam perjalanan balik..sempat lagi singgah JPO sekejap..lunch kat JPO.
Monyok je muka Dhia..sebab baru lepas bangun tidur..

Wednesday, October 16, 2013

Dhia demam


Hujung minggu yang sangat sedih..Dhia demam. Abg dah plan nak jalan ke Melaka dan bawa Dhia mandi kolam. Tapi sehari sebelum nak pergi Dhia demam..ingatkan demam tak lama, Ibu tukar tarikh booking, tapi sampai hari raya Aidiladha, Dhia masih demam..Demamnya On Off jer..Ibu cancel booking sebab keadaan deman Ya yang tak nampak macam boleh baik cepat..
Masa Raya Aidiladha, Dhia masih demam lagi paginya. Pergi rumah mertua pun pagi selepas sembahyang raya dan balik semula ke rumah selepas Asar. Memang mood tak seronok dengan keadaan Dhia yang tak sihat..
kesian anak ibu

Sunday, October 13, 2013

Jalan-jalan Muar

The next day selepas konvo, bawa Opah dan Atok jalan-jalan cari makan kat Muar. Sebelum bertolak, singgah UTHM sekejap, Oun nak pulangkan jubah dan ambil sijil..Ramai jugak orang masa tu. Sambil-sambil tunggu Oun kami semua ambil kesempatan berposing kat depan dewan konvo lama UTHM..


Mak dan Abah

Uda dan Atok

Me, Abg dan Dhia

Our famili

Ibu dan Dhia


Singgah makan tengahari di Asam Pedas Parit Jawa. Kedai yang hujung sekali..memang selalu makan kat kedai tu..sayur semua dah habis.. Ibu pilih Ikan Mayung dengan Ikan Merah..
Ayah yang ambil picture nie...
Ikan mayung- takde sayur pun sedap


ikan merah

Selepas makan, kami bertolak Masjid dekat Tanjung Emas untuk solat zohor dan terus ke Tanjung Emas..tengok monyet dan lepak-lepak kat tepi sungai.
Main buai dengan ayah

Picture taken by Dhia


Opah belikan Dhia ais krim

Lepak-lepak di Tanjung Emas Muar

Picture taken by Dhia

All pictures taken by Dhia

Selepas lepak, rombongan bertolak ke Masjid Tanjung Emas untuk solat Asar dan selepas tu bergerak ke Murtabak Singapore..Ibu pesan 2 keping Murtabak Singapore..Harga RM 10 sekeping. Mula-mulaingatkan tak cukup,..tapi cukup-cukup jer..pasal semuanya masih kenyang makan asam pedas kat Parit Jawa tadi..
On the way ke Murtabak Singapore

Murtabak Singapore- Saiz Besar


Selepas makan, kami bertolak ke Parit Raja..Sampai Parit raja dalam kul 7 lebih, dah dekat-dekat nak Maghrib... Satu perjalanan yang santai dan menyeronokkan...

Saturday, October 12, 2013

Congrats my little bro...

Alhamdulillah.....congrats utk oun kerana berjaya menamatkan pengajian di UTHM dan dah dapat keje beberapa bulan sebelum konvo...
Mak, abah dan eni dtg dari perak, utk sama-sama memeriahkan hari konvo oun..

Kami yang bersama meraikan hari konvo Oun

Ambik kesempatan bergambar 
Mak pun teringin jugak..
Oun dan Eni

Oun bersama mak selepas keluar dewan

Me, Abg dan Dhia..

Pagi sebelum ke Dewan

Kami sekeluarga..